24 July 2014

Dah nak rayaaaa!


Akid dan Arif dah nak balik kampung ni malam ni! Doakan kami selamat pergi dan pulang. Doakan kami duduk diam dalam kereta. Doakan perjalanan kami lancar dan jalan tak sesak. Doakan kami redha pakai songkok dan sampin at least untuk sejam dua masa raya pertama nanti. Doakan kami dapat duit raya yang banyaaaaakkkk.

Tapi sebelum tu, ni Akid nak bagi kad raya dulu. :P


Selamat Hari Raya semua! Maaf zahir dan batin. ;)

14 July 2014

Oyyiiiiiiii.

Akid is definitely not a fan of food. He's very choosy. But good thing is, he loves veges and fruits.

Semalam, beralih angin, kami ke bazar di stadium Shah Alam. Pusing-pusing, kami belikan cheesy macaroni bakar untuk Akid dan Arif. Macam biasa, Arif makan dengan gembiranya. Tapi Akid, makan tiga empat suap, lepas tu dah taknak. Aku pun mula la nak marah. Mahal kot, satu aluminium foil pie size (macam dalam gambar di bawah), RM6.50! Tapi nasib baik sedap.


Terus aku membebel, cakap taknak belikan dia makanan lagi, taknak masakkan untuk dia lagi dan paling ultimate, taknak cakap dengan dia lagi. Aku siap pesan dengan Arif, "Don't talk to Abang." Haha. Geram punya pasal. Dan aku terus ke dapur.

Selesai kerja di dapur, aku ke hall semula mengemas.
Nampak je aku, Akid panggil,
"Ibuuuuu.. Ibuuuu... Ibuuuuuuuuuuu.." 
Aku tak sahut pun. Aku buat tak tau.
Lepas tu di panggil lagi,
"Ibuuuu.. Ibuuuu.. Ooyyiiiii.."
Masa ni aku dah nak tergelak, tapi aku tahan.
Dia sambung lagi.
"Ibuuuuuuuuuu.. Oyyyyyyiiiiiiiiiiiii."
Hahaha. Pandai pulak cakap SORRY.
Fine, tak jadi marah.

11 July 2014

SSPN.

Aku tak pernah terfikir pun untuk bukakan akaun SSPN ni untuk Akid dan Arif. Tapi bila aku di bank hari tu, ada booth SSPN ni.Aku pun rajinkan mulut bertanya. Lepas dijelaskan, hmmm not bad. Jadi aku pun register la untuk dua hero tu.


Kalau ikut rekod tahun lepas, agihan dividen adalah lebih dari 4%. Tinggi jugak tu. Jadinya aku rasa tak salah untuk pelbagaikan saluran simpanan untuk anak-anak. Simpan sikit-sikit setiap bulan, lama-lama jadi la modal untuk ke bulan. Heh.

SSPN adalah akaun simpanan tanpa buku. Sama macam bank-bank sekarang. Dua tiga minggu lepas register, pendeposit (ibu / ayah / penjaga) akan terima kad sebagai rujukan bagi urusan akan datang. Sebarang jenis penambahan deposit boleh dilakukan secara potongan gaji, di bank-bank berdaftar atau secara online, contohnya melalui M2U. Sekiranya perlukan kenyataan akaun, ianya boleh dirujuk secara online di portal, di bawah kategori SSPN-i.


Manfaat lain boleh dirujuk di portal rasmi PTPTN.

10 July 2014

OCD.

Penat sebenarnya seorang OCD ni.
Penat fizikal dan mental.

Contoh 1.
Muhammad sidaikan baju di ampaian.
Aku yang OCD tak puas hati sebab baju-baju tu tak disusun ikut jenis dan saiz.
Aku akan sidai semula semuanya ikut spesifikasi di atas - penat fizikal.

Contoh 2.
Akid Arif main. Punggah satu rumah.
Aku yang OCD kena tahan stress tengok semua benda bersepah.
Nak kemas waktu diaorang tengah main, aku akan penat fizikal sebab confirm akan bersepah semula.
Jadinya aku penat mental menahan mata dan hati.

Contoh 3.
Aku dah bersedia nak tidur.
Tiba-tiba nampak floor mat senget. Ish.
Berperang dengan badan dan mata. Nak biarkan sahaja atau bangun betulkan?
Dalam berperang dan kemudiannya bangun dari perbaringan untuk betulkan mat tu - penat mental dan fizikal.

Inilah aku.
Aku punya sejenis obsessive compulsive disorder.
Aku tak boleh tengok benda tak teratur.
Aku tak boleh tengok benda berhabuk.
Aku tak boleh tengok lantai tercela.
Jadinya aku penat sendiri.

Kebanyakan orang yang datang rumah selalu sangat kata yang rumah aku macam takde anak kecik.
Bukankah itu baik? Hik.

Dan dah nampak sifat ini turun kepada Akid haha.
Akid tak boleh tangan kotor atau melekit.
Akid tahu bila ada benda kotor di lantai atau meja, dia kena lap.
Akid tahu bila selesai main, dia kena simpan semula semua toys.
Tapi semua ni ikut mood dia jugak la.
Bukankah itu baik? :P

Monkey see monkey do.